Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERHORMAT AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H

DSC_1487.JPG

​TEMBURONG - Hari Khamis, 15 Syawal 1440 bersamaan 20 Jun 2019, bersempena bulan Syawal, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu telah mengadakan majlis ramah mesra Aifilfitri di kediaman Yang Berhormat di Kampung Bokok, Mukim Bokok, Temburong.

Majlis ramah mesra Aidilfitri itu turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong beserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong.

Majlis yang juga dihadiri oleh Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong antara lain bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan serta meningkatkan hubungan silaturrahim di antara pemimpin akar umbi dan pegawai-pegawai kerajaan.

Selain kunjungan ramah mesra dan mengeratkan silaturahim bersama Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Negara, majlis juga menjadi satu platform untuk berkongsi mengenai hal ehwal mukim dan kampung serta perkembangan di Daerah Temburong secara amnya.  

DSC_1489.JPG

DSC_1531.JPG

Created at 22/06/2019 15:17 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 22/06/2019 15:17 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang