Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PONDOK TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H

WhatsApp Image 2019-06-17 at 2.04.43 PM (1).jpeg

TEMBURONG - Hari Ahad, 11 Syawal 1440 bersamaan 16 Jun 2019, bertempat di Pondok-Pondok Memancing Kampung Belais telah berlangsung Majlis Pondok Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H anjuran Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Bokok.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Afnan bin Haji Gapor, Pemangku Ketua Kampung Belais dan Buda-Buda, selaku Pengerusi Majlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penghargaan Warga Emas Berjasa Kampung Belais dan Buda-Buda dan seterusnya Penyerahan Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Seterusnya, tetamu kehormat berkunjung ke pondok-pondok terbuka yang diungkayahkan oleh penduduk-penduduk di Kampung Belais dan Buda-Buda.

Majlis Pondok Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan salah satu acara tahunan yang dilaksanakan dan diungkayahkan oleh MPK Belais dan Buda-Buda yang sentiasa mendapat perhatian dan penyertaan penduduk kampong berkenaan. Ia antara lain diadakan bukan sahaja bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri, malah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim yang telah lama erat terjalin di antara penduduk-penduduk kampong, pemimpin-pemimpin akar umbi dan pegawai-pegawai kerajaan Negara Brunei Darussalam

WhatsApp Image 2019-06-17 at 2.04.41 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-06-17 at 2.04.42 PM.jpeg

Created at 18/06/2019 11:21 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 18/06/2019 11:21 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang