Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

NDMC ANJURKAN LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) BAGI DAERAH TEMBURONG

DSC_7410.JPG

Temburong - Rabu 27 Mac 2019, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) hari ini mengadakan latihan tabletop exercise (TTX) bagi persiapan menghadapi kejadian banjir semasa musim tengkujuh bagi Daerah Temburong. Latihan TTX yang diadakan oleh NDMC dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar bertujuan untuk mengujicuba pelan tindakan bagi mengurangkan impak kejadian bencana banjir yang berkemungkinan berlaku semasa musim tengkujuh.

 

Latihan TTX ini melibatkan penyertaan daripada Ahli-ahli District Disaster Management Committee (DDMC) Daerah Temburong yang terdiri daripada pelbagai agensi berkepentingan. Turut hadir semasa Latihan TTX tesebut adalah Yang Mulia Pg Hj Maiddin bin Pg Hj Said, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Yang Mulia Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

DSC_7502.JPG

DSC_7354.JPG

DSC_7368.JPG

Created at 28/03/2019 08:40 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 04/04/2019 15:33 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang